Tuesday 6 January 2015

Cameron Highlands kami datang...Kg. Taman Sedia

Teks: Azlina Ahmad
Foto: Sendiri


Assalammualaikum. Alhamdulillah.

Hari terakhir kami disini. Setelah bersiap-siap kami check out dari rumah istirahat. Rancangnya lepas sarapan kami akan terus bertolak pulang. Seperti yang dikatakan kami akan ke Kampung Taman Sedia iaitu satu-satunya perkampungan masyarakat melayu di Cameron Highlands. Malam tadi kami dah ke sana untuk makan malam. Hanya 2 buah kedai makan saja yang dibuka. Kawasan persekitaran lengang. Lepas makan kami terus pulang.

Kami sampai di sebuah kedai makan bersebelahan Opah Strawberries & Farm's. Nasi lemak dan teh o panas menjadi pilihan sarapan pagi. Pencuci mulut pilihan 'scone' yang dimakan dengan mentega dan jem strawberi dan tart strawberi. Sementara menunggu makanan yang dipesan siap, kami berbual dengan pengunjung dimeja sebelah. Mereka adalah penduduk asal kampung itu tetapi telah berpindah ke Kuala Lumpur. 

Menerusi perbualan itu, kami diberitahu bahawa nama kampung ini diambil bersempena dengan keadaan persekitaran kawasan ini dahulu seperti sebuah "taman" yang sentiasa "sedia" bersih dan kemas walaupun belum diteroka. Itulah sebabnya kawasan ini dinamakan Kampung Taman Sedia. Menarik kan!

Perut sudah kenyang kami ke Opah Strawberries & Farms. Seronok sangat sebab disini kami boleh membeli strawberi yang dipetik sendiri. Lepas tu kami singgah di Ros Chalet Strawberry Farm yang juga merupakan sebuah kedai cenderamata. Makan lagi...strawberi coklat pula. Akhir sekali 'shopping' ole-ole wajib 'fridge magnet' & 'key chain' yang murah dan cantik. Jumpa lagi Cameron Highlands!


Displaying pic_to_send.jpg





No comments:

Post a Comment