Friday 27 March 2015

ASB

Teks: Azlina Ahmad
Foto: Sendiri


Assalammualaikum. Alhamdulillah.

Setiap kali baca suratkhabar ada saja berita mengenai kejadian  jenayah. Risau untuk ke bank tanpa suami menyebabkan niat untuk membuka akaun simpanan ASB anak tertangguh. 

Akaun ASB boleh dibuka di pejabat PNB atau di CIMB, Maybank, RHB bank dan pejabat pos. Jumlah simpanan minima RM10 sahaja. Perlu disertakan salinan surat beranak, Mykid atau Mykad anak dan Mykad ibu atau bapa. Salinan asal pun kena bawa untuk pengesahan. Kanak-kanak tak perlu bawa bersama pun tak apa. Nanti bila dah dewasa akaun ASB remaja ditukar kepada akaun ASB dewasa. 

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Duit yang diperolehi kakak dan adik hasil daripada duit raya, upah membuat kerja rumah dan sempena hari lahir atau pemberian saudara mara setiap kali balik kampung.


Displaying 20150327_165310_resized.jpg


Berjaya juga akaun ASB Remaja 'TING' dibuka. 

Semoga kakak dan adik dapat belajar menabung, akan lebih menghargai nilai wang dan memahami kepentingan melabur. Walaupun sekarang apa yang mereka faham hanyalah bank pinjam duit mereka, nanti bank akan pulangkan balik dengan tambahan sedikit wang sebagai hadiah.





Wednesday 11 March 2015

Mesin basuh bajuku...

Teks: Azlina Ahmad
Foto: Sendiri


Assalammualaikum. Alhamdulillah.


Usai solat Maghrib saya bersiap-siap menghidangkan juadah makan malam. Hand phone saya berbunyi. Nombor yang tertera tidak diketahui. Suara seorang lelaki Cina kedengaran. Inilah panggilan yang dinantikan sejak 2 minggu lepas selepas aduan kerosakan mesin basuh baju dibuat kepada pengeluar jenama. Siang tadi saya menelefon semula nombor khidmat pelanggan bertanyakan aduan yang dibuat.

Saya terus memintanya datang sekarang kerana suami juga ada di rumah. Maklumlah sekarang ni kena lebih berhati-hati. Dalam pada itu saya terfikir juga berapalah caj yang akan dikenakan kerana mesin basuh tu dah tamat jaminannya. Jam pula melewati 8.00 malam. Manalah tahu kena caj lebih masa pula.

Tak sampai 10 minit mesin basuh saya selesai diperiksa dan diganti alat yang rosak. Suka sangat sebab lepas ni tak payah nak kena memerah kain lagi. Bukan setakat sakit tangan, masa pun terbuang. Nak basuh sweater pun tak larat...berat. 

Caj yang dikenakan RM75 sahaja. Sangat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan tentang kerosakan walaupun aduan yang dibuat lambat dibalas kerana didakwa hilang. Harap mesin basuh baju tak rosak lagi. Tak sabar nak guna esok. Syukur pada Allah. 


Displaying 20150226_105630.jpg

Demam...

Teks: Azlina Ahmad


Assalammualaikum. Alhamdulillah.


Memasuki minggu ketiga keadaan kesihatan masih belum pulih sepenuhnya. Sesekali sakit kepala datang. Batuk masih ada dan sudah reda sedikit.

Semuanya bermula bila secara tiba-tiba tekak saya terasa panas. Kepala mula berdenyut-denyut. Tanda-tanda awal demam dah muncul. Malam itu saya makan panadol sebagai langkah awal sebelum ke klinik esok pagi. Tapi demam tak kebah juga tidur pun tak lena.

Di klinik saya disahkan demam kerana tekak yang sangat merah. Doktor memberikan bekalan antibiotik, ubat demam dan ubat batuk selama 5 hari. 

Hari ketiga, demam saya tak kurang juga. Paling tak tahan bila tekak terasa amat perit. Nak telan air liur pun sakit. Tak pernah saya sakit tekak seteruk ini.

Nampak macam ubat doktor tak memberikan kesan. Jadi saya usahakan cara tradisional dengan minum air kelapa muda. Air kelapa muda dikatakan boleh meredakan panas badan. 

Malam itu sakit tekak dan demam saya hilang. Syukur pada Allah. 

Monday 9 March 2015

Taman Burung Kuala Lumpur

Teks: Azlina Ahmad
Foto: Sendiri


Assalammualaikum. Alhamdulillah.


Cuti sempena hari Wilayah cadangnya nak makan tengah hari di Tasik Perdana. Sampai di kedai makan yang dituju "Alamak tutup pulak". Beberapa buah kereta dihadapan kami juga buat pusingan U. Hampa. Fikir punya fikir, perut pun dah lapar akhirnya makan di gerai berhampiran taman permainan kanak-kanak di Tasik Perdana.

Sambil makan nasi lemak dan nasi ambeng bungkus, fikir lagi nak kemana lepas ni?. Kesian pula tengok kakak dan adik yang "excited" nak jalan-jalan. Akhirnya kami ke Taman Burung Kuala Lumpur. Bayaran masuk bagi warganegara dewasa RM25. Kanak-kanak RM10. Bagi bukan warganegara bayaran masuknya adalah berlainan.

Ibarat hutan dalam bandar, disini terdapat air terjun buatan yang sangat mendamaikan. Ada burung yang dilepas bebas dan ada yang dalam kurungan. Banyak aktiviti yang dijalankan dalam taman burung ini. Kami berkesempatan untuk menonton pertunjukan burung sesi petang yang sangat menarik di amphitheater. Pelbagai gelagat kepintaran burung yang dilatih dipertontonkan. Sangat menghiburkan. Terdapat juga taman permainan kanak-kanak berhampiran amphitheater.

Penat berjalan kami berhenti berehat di gerai yang menjual makanan ringan seperti corn in cup, aiskrim serta pelbagai jenis minuman. Disini pengunjung juga boleh menukar wang untuk membeli makanan haiwan. Terdapat juga Photo Booth bagi pengunjung merakam gambar kenangan. Bayaran dikenakan tak pasti sebab kami rakam gambar sendiri je.

Terdapat juga education station dan bird gallery yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan burung. Hampir 4 jam juga kami meneroka taman ini. Sebelum pulang 'fridge magnet' dan 'key chain' wajib dibeli sebagai kenangan.



Displaying 20150201_134559_resized.jpg


Displaying 20150201_134705_resized.jpg
Burung kakak tua

Displaying 20150201_134942_resized.jpg
Boleh bagi ikan makan

Displaying 20150201_143430_resized.jpg

Displaying 20150201_160912_resized.jpg

Displaying 20150201_160844_resized.jpg

Displaying 20150201_142217_resized.jpg

Displaying 20150201_140816_resized.jpg

Displaying 20150201_144607_resized.jpg
Hutan dalam bandar

Displaying 20150201_142445_resized.jpg


Displaying 20150201_143546_resized.jpg



Displaying 20150201_153636_resized.jpg

Displaying 20150201_154622_resized.jpg


Displaying 20150203_214918_resized.jpg
Fridge magnet & key chain